Assalamualaikum dan salam sejahtera saudara saudari yang dirahmati sekalian.
Lebih setahun sudah blog saya tidak dikemaskini. In Shaa Allah, kali ini saya kembali dengan artikel wasiat saya yang seterusnya. Saya akan huraikan dan memberi penjelesan tentang "detachment" atau dari bahasa iaitu "pemisahan/perpisahan/penanggalan/pelepasan"
Saudaraku,
Di jauh lubuk dalam hati kita, terkandung setebal-tebalnya keinginan dan kemahuan kepada banyak sekali perkara keduniaan. Kita mahu banyak harta, kita mahu besar takhta, kita mahu memiliki cinta seseorang dan kawal segala sesuatu. Tapi tahukah kita bahawa kita tak akan mampu memiliki apa-apa, tidak kira yang bernyawa atau tidak bernyawa, kerana semuanya akan pergi berpisah dengan kita.
Pakaian yang kita pakai, suatu hari akan lusuh, rapuh, koyak dan lalu kita buang.
Kenderaan yang kita guna bertahun-bertahun, pasti suatu hari akan hilang harga nilai nya dan rosak, juga akan berpisah dengan kita bila kita menjualnya.
Makanan dan minuman terlazat yang kita pernah makan dan akan makan, pasti juga akan hilang nikmat sedapnya setelah kita habis menelannya secara keseluruhan melepasi lidah dan tekak kita. Yang mana pasti akan bertukar menjadi najis setelah habis dihadam perut.
Cinta kasih sayang kita kepada kekasih, kawan dan keluarga juga suatu hari pasti juga akan berakhir sama ada dengan kematian, penceraian, perpisahan, perubahan arah tuju hidup, pergaduhan dan sebagainya.
Nothing is forever.
No one is forever.
Sometimes forever is just one second.
Belajar lah untuk tidak terikat dengan apa-apa sahaja yang berbentuk keduniaan.
Belajar lah untuk ikhlas se-ikhlas nya.
Belajar lah untuk memberi tanpa mengharap apa jua balasan.
Belajar lah untuk bersedia dengan segala takdir yang telah ditentukan sama ada kamu suka atau tidak.
Janganlah kita lekas sedih atau marah tatkala apa yang kita hajati dan mahukan tak tercapai walaupun sudah cuba berkali-kali.
Jika sesuatu atau seseorang itu telah ditakdirkan untuk kamu, pasti ianya akan datang tepat pada masanya tidak terlewat dan tidak awal.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216).
Jadilah seorang insan yang berjiwa tenang walau dalam apa jua situasi dan tekanan hidup.
Sesungguhnya di setiap kesulitan, pasti akan diberi jalan keluar dan solusi jika kita tenang, duduk seketika, berfikir sejenak, dan cuba mendapatkan nasihat daripada orang yang bijaksana.
Semoga kalian semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah subhanallahu wataala, dibukakan pintu hati agar dapat mengenali Allah dengan lebih mendalam dengan izin-Nya. In shaa Allah, hati kamu semua akan dicampakkan kemanisan hidup iaitu satu ketenangan dalam diri terdalam yang sentiasa damai sejahtera, Aamiin.
Sekian penulisan saya untuk artikel kali ini.
Semoga berjumpa dalam penulisan lain atau di alam lain. In shaa Allah.
Shafiq Buang,
4:39am, 11 September 2022.