Shafiq Buang

Saturday, 20 September 2025

Wasiat Shafiq Buang 55

 


Saudara saudariku sekalian,

"Walaupun kita rasa kita sudah mengetahui, merasai dan mengalami, haruslah kita yakini bahawa kita tidak memilikki. Kita hanyalah dimilikki."

Sedangkan badan engkau itu sendiri itu cuma pinjaman dan bukan milik engkau. Apalagi engkau menyangkan engkau memilikki itu dan ini! Sedarlah wahai manusia. Engkau dicipta untuk menjadi hamba Allah, yang menghambakan diri engkau sepenuhnya kepada Allah Azzawajalla sahaja!

Jangan engkau sering terpedaya sama urusan dunia engkau sampai engkau sibuk mahu memilikki itu ini sampai saatnya jika perkara itu hilang dari engkau, engkau terus jadi seperti cacing kepanasan! Itu satu kebodohan! Malu lah engkau sama Allah! Harus di-ingati seringkali sama diri engkau bahawa kita datang daripada Allah dan kembali jua kepada Allah!

Apa lagi yang engkau masih bingung dan stress bimbang kerna terlalu risau mengurusi urusan dunia engkau? Sedangkan Allah itu sudah mencukupkan semua keperluan serta sebahagian kemahuan engkau! Hidup lah mengikuti corak dan kehendak Allah, bukan kehendak engkau.

Adakah kehendak engkau itu lebih utama dan sempurna daripada kehendak Allah?

Cuba tanya sama diri engkau yang jahil itu!


- Shafiq Buang, 20 September 2025, 27 Rabiul Awal 1447H.

No comments:

Post a Comment