Saudara saudariku sekalian,
"Adakah wajar kalau pakaian kita sudah kotor, hitam, lagi busuk, lantas kita biarkan sahaja?"
Bila engkau rasa diri engkau itu telah banyak berdosa, banyak maksiat dan telah banyak menzalimi diri sendiri dan orang lain, maka cuci lah akan dosa-dosa itu lekas-lekas nya.
Jangan engkau biar sahaja sedemikian dengan alasan engkau malu mahu berubah, malu mau ke masjid, malu nak solat sembah Allah. Itu namanya engkau sudah ghurur iaitu tertipu sama iblis syaitan seolah-olahnya kalau engkau kotor tidak boleh ke tempat bersih.
Apa logika dan rasional kalau kau sudah busuk dan tidak mandi bertahun-tahun, lantas engkau biar sahaja badan engkau terus busuk dan kotor?
Kalau baju engkau sudah kotor, cepat-cepat engkau basuh.
Kalau badan kau sudah berbau, lekas-lekas engkau mandi.
Kalau diri dan hati kau sudah hitam gelap, segeralah engkau taubat!
Jika hari ini engkau melakukan dosa besar, maksiat itu ini, hari ini juga lah engkau insafi dan taubat! Jangan engkau tunda akan kekotoran, kebusukan, kegelapan dan kesialan itu!
Apakah longgokan sampah kekotoran dalam diri engkau itu akan tiba-tiba terbuang sendiri jika tidak engkau bersihkan-nya?
- Shafiq Buang, 20 September 2025, 27 Rabiul Awal 1447H.
No comments:
Post a Comment