Saudara-saudariku sekalian,
Bukanlah kerana amaliah dan taat baik engkau itu penyebab kau langsung disayangi Allah, dan bukan juga kerana kelalaian serta melazimi maksiat itu langsung Allah benci sama engkau.
Boleh jadi juga dalam amal serta taat itu, kau lebih bermaksiat berbanding orang yang sedang bermaksiat tetapi di lubuk hatinya itu mempunyai ketaatan yang engkau tiada ketahui.
Maksiat yang jelas dan terang itu lebih mudah di-insafi dan di-awasi, berbanding maksiat di dalam hati yang tergelincir dengan perasaan ujub, sum'ah, takabbur dan riya' tanpa disedari.
Periksa lah dan teliti lah hati kalian daripada sedemikian rupa.
Jangan lah engkau berburuk sangka kepada ahli maksiat hanya kerana engkau sekarang sudah menjadi ahli taat, yang mana engkau dahulu juga merupakan ahli maksiat!
Jangan sombong, jangan belagak, jangan engkau syok sendiri macam engkau tiada pernah berdosa!
Dosa yang membuat kau menghina diri dan mendekati Allah itu jauh lebih mulia daripada pahala yang membuat kau menyembah diri sendiri serta jauh dari Allah!
- Shafiq Buang, 2 September 2025, 9 Rabiul Awal 1447H.
No comments:
Post a Comment