Shafiq Buang

Tuesday, 3 April 2012

Wasiat Shafiq Buang

Jadilah kau di dunia ini seperti pokok,
Ditiup angin dari kiri, maka kau ke kiri,
Ditiup angin dari kanan, maka kau ke kanan,
Maupun dari belakang dan depan,
Kau tetap mengikut arah angin itu.

Namun begitu kau tetap mempunyai akar yang keras,
Yang berpegang teguh terhadap bumi,
Kau tetap berpegang teguh dengan pegangan mu,
Sehingga ke akhir hayat mu,
Walau di mamah usia,
Walau di hentam dengan pelbagai dugaan, ujian, musibah,
Kau tetap berdiri, tetap bersama dengan pegangan mu.

Jangan kau bersikap lemah,
Kuatkanlah semangat kau,
Biar sedikit, asal dibuat,
Jangan banyak tapi ditinggal begitu saja,
Tetapkanlah pendirian mu.

Jangan kau terpedaya dengan tipu daya dunia,
Sesungguhnya dunia itu ibarat bangkai,
Dunia itu tiada apa di dalamnya,
Carilah akhirat dari dunia mu,
Carilah Allah,
Kenalli lah diri mu itu,
Siapa Kau,
Siapa Aku,
Dari mana Kau,
Dari mana Aku,
Ke mana Kau dan ke mana Aku.

Carilah matlamat hidup kau,
Tujuan hidup kau,
Semoga kau temui jalan yang benar,
Jalan yang lurus,
Menuju Sang Pencipta Kau dan Aku,
Bersama-Nya, Selama-Nya.

Wednesday, March 30, 2011 at 10:04pm


No comments:

Post a Comment