Shafiq Buang

Tuesday, 2 September 2025

Wasiat Shafiq Buang 50

 


Saudara saudariku sekalian,


Jadilah engkau orang yang tetap qanaah serta redha!

Jangan suka complain, merungut, marah dan gelisah dengan urusan dunia yang tidak mengikuti corak kemahuan engkau.

Belajar lah untuk terima apa aja adanya, itulah tanda orang yang luas ilmunya, luas hatinya dan tenang hatinya!

Sebuah hadis daripada Abu Hurairah radhiAllahu 'anhu, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ، وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan itu ialah apabila diri berasa cukup."

[HR Bukhari, Kitab al-Riqaq, #6446]

- Shafiq Buang, 2 September 2025, 9 Rabiul Awal 1447H.

No comments:

Post a Comment