Shafiq Buang

Tuesday, 2 September 2025

Wasiat Shafiq Buang 48

 


Saudara saudariku sekalian,

Jadilah engkau orang yang zuhud serta qanaah. Zuhud itu meninggalkan keasyikan terhadap dunia. Manakala qanaah itu merasa cukup apa ada nya dengan pemberian Allah.

Zuhud itu bukan bererti tidak memilikki dunia, tetapi dunia tidak memilikki hatinya. Orang yang zuhud serta qanaah itu langsung tidak kisah dengan segala godaan macam dunia baik dari segi harta, takhta, wanita, makanan, minuman, pakaian dan apa jua lah bagai macam.

Perkara itu semua tidaklah menjadi keutamaan utama beliau. Mereka iaitu orang yang zuhud ini sentiasa gembira dan bersyukur lagi redha dengan segala ketentuan yang Allah sajikan kepada mereka. Hatinya bebas daripada cinta dunia. Walaupun dia berharta ataupun tidak, tiada ia-nya sombong atau gelisah dengan bertambah atau berkurangnya dunia nya. Bagi orang zuhud, sama saja. Yang mereka nampak cuma kebesaran dan ke-esaan Allah Azzawajalla semata-mata!


Daripada Abi al-Abbas Sahl bin Sa’d al-Sa’idi R.A. berkata, bahawa seseorang datang kepada Nabi SAW seraya berkata:

يَا رَسُوْلَ اللهِ ! دُلَّنِي عَلَى عَمَل إِذَا عَمِلْتُهُ؛ أَحَبَّنِي الله، وَأَحَبَّنِيَ النَّاسُ . فَقَالَ : ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبُّكَ اللهُ ، وَازْهَدْ

فِيْمَا عِنْدَ النَّاسِ يُحِبُّكَ النَّاسُ 

Maksudnya: “’Wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya suatu pekerjaan yang jika dikerjakan nescaya saya dicintai Allah dan dicintai umat manusia.’ Rasulullah SAW bersabda: ‘Zuhudlah engkau akan dunia, nescaya Allah mencintaimu, dan zuhudlah engkau akan apa yang ada pada manusia, nescaya mereka mencintaimu.'”

(Riwayat Ibn Majah no. 4102)


- Shafiq Buang, 2 September 2025, 9 Rabiul Awal 1447H.

No comments:

Post a Comment