Saudara saudariku sekalian,
"Susah tapi dekat sama Allah itu kemuliaan. Senang tapi jauh sama Allah itu kehinaan."
Andai nya kita diuji dengan kesusahan baik dari segi harta, kesihatan, dan apa jua masalah, tapi perkara tersebut membuatkan engkau merasakan diri engkau hina lagi lemah dan memerlukan Allah, itu satu kebaikan!
Kerana-nya engkau sadar bahawa engkau itu tidak mampu melaksana apa jua tanpa taufiq, hidayah dan inayah dari Allah! Itu membuatkan engkau rendah diri, rendah hati dan membuang ego ke-aku-an engkau itu! Tidak sepatutnya engkau mahu berlagak sombong sama Allah!
Ramai orang yang tertipu dengan kesenangan dunia ini yang membuatkan mereka jauh sama Allah. Kerana mereka fikir segala rezeki yang ada itu terhasil dari hasil usaha mereka semata-mata. Ini satu kesesatan dan kehinaan. Jangan lah engkau kurang ada sedemikian sama Allah!
- SHAFIQ BUANG, 12 September 2025, 19 Rabiul Awal 1447H.
No comments:
Post a Comment