Shafiq Buang

Saturday, 20 September 2025

Wasiat Shafiq Buang 54

 



Saudara saudariku sekalian,

"Jangan berubah hati cinta sama Allah tatkala engkau diuji."

Salah satu tandaNya Allah mengasihi dan menyayangi engkau adalah bilamana Dia menguji engkau dengan pelbagai ujian. Sama ada kesihatan, kewangan, kerjaya, perusahaan, keluarga, rumahtangga dan segala macam.

Bersabarlah. Layani sahada takdir yang Allah sajikan kepada engkau tanpa mengeluh. Redha dan berlapang dada lah. Kerana apa jua yang Dia berikan kepada engkau itu baik senang atau susah itu juga adalah rahsia dari nikmatNya. Kadangkala kita terlalu dikelilingi kesenangan dan kemudahan sampai lupa akan Dia. Dan sesungguhnya Dia itu Maha Cemburu.

Pastinya Dia merampas apa yang membuat engkau lalai daripada mengingati-Nya!

Tenang sahaja lah. Renungi diri. Bersyukur lah kalian atas sekecil-kecil atau sebesar-besar ujian yang menduga keimanan engkau. Jika kau seorang yang memandang Allah pada setiap perbuatan-Nya, pasti engkau malah senyum dan gembira atas ujian yang kau sangka bala itu. Sesungguhnya Allah tidak zalim, malah engkau lah yang menzalimi diri engkau dengan tertipu dengan godaan dunia serta maksiat yang engkau tanpa sadar telah lazimi!


- Shafiq Buang, 20 September 2025, 27 Rabiul Awal 1447H.

No comments:

Post a Comment