Saudara saudariku sekalian,
Tajuk kali ini ialah "Dulu aku, sekarang Engkau."
Aku yang dimaksudkan ialah diri kita semua.
Engkau merujuk kepada Allah Azzawajalla.
Dahulunya kita sering mengejar kan kehendak diri kita, pentingkan diri sendiri, mahu diri disanjung, dihormati, dipuji dan apa segala macam. Sampai kan ke dalam solat sekalipun kita merasakan kita yang solat, kita yang baik, kita yang rajin, kita yang bagus, maunya kita kelihatan warak tawaduk bertaqwa semacam itu. Jangan lah kau tertipu dengan bisikan syaitan itu. Itu dosa dosa besar yang tanpa sadar engkau telah cemari hati.
Amalan yang tiada ikhlas sebenar ikhlas di dalam nya, tiada lah bernilai di sisi Allah walaupun amalan itu sah sekalipun, belum tentu diterima Allah.
Buang-lah "aku" dalam diri engkau itu. Aku engkau itu tiada. Yang wujud cuma "Engkau."
Buat lah segala perbuatan apa sahaja sekalipun dengan kau meyakini sebenar yakin itu semuanya dari kekuasaan dan keupayaan Allah semata-mata. Bukan dari engkau. Engkau dilahirkan bogel, lemah, tiada upaya, dan tiada apa, begitu juga bila engkau mati dunia yang kau sanjungi itu langsung meninggalkan kau jua.
Biar-lah kehilangan segalanya,
Asal jangan kehilangan Allah!
- Shafiq Buang, 2 September 2025, 9 Rabiul Awal 1447H.
Aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang.
ReplyDeleteDengan izin Allah, aku belajar dari luka,
aku bangkit dengan doa.
Syukur Ya Allah, Engkau ubah aku daripada
kelemahan semalam kepada kekuatan hari ini.
Dulu aku tersesat dalam lalai dan ego,
Kini aku kembali kepada 'Engkau' Ya Rabb.
Jadikan kami hamba-Mu yang lebih baik.