Saudara saudariku sekalian,
"Janganlah engkau sembah Allah demi ganjaran-Nya, andai kata ganjaran tiada engkau perolehi, adakah engkau berhenti menyembah?"
Kebanyakan orang awam majoritnya bila melakukan ibadat fardhu ataupun sunat ataupun apa jua amaliah taat, pasti di dalam lubuk hatinya menginginkan sesuatu selain Allah.
Ingin syurga, takut neraka, mahu dimurah rezeki, panjang umur, diberi kesihatan, keselamatan, diberi bini, anak, keuntungan dunia itu ini dan segala macam.
Pernahkah kita terfikir sejenak yang kita ini banyaknya tertuju kepada "ciptaan" Allah. Kenapa tidak langsung engkau tuju sepenuhnya kepada "Pencipta" segala bagai ganjaran yang engkau gilakan itu?
Adakah Allah itu tidak tahu akan apa kekurangan dan keperluan engkau?
Secara logika, rasional dan fikiran sehat kita, kalau Allah sudah cinta sama engkau, adakah Allah akan mencampakkan engkau dalam neraka?
Kenapa kita masih sebodoh itu?
Mengarah Allah sesuka nafsumu, mau itu ini, doanya itu ini seperti Allah itu menjadi buruh kamu. Sedar lah diri engkau itu hamba, bukan tuan, bukan Tuhan sama sekali!
Kau dicipta untuk beribadah dan taat dengan sebenar ikhlas sebagai seorang hamba yang memandang dan terpandang Allah di setiap apa pun perkara terjadi!
- Shafiq Buang, 20 September 2025, 27 Rabiul Awal 1447H.
No comments:
Post a Comment