بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda:"Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya."- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Hadis ini menyebut kalimah 'tidak sepatutnya' menunjukkan bahawa langkah persediaan perlu diambil oleh setiap seorang Muslim dengan menulis wasiatnya kerana dia tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba. Kemungkinan kelalaiannya akan mengakibatkan segala hajatnya tergendala dan tidak terlaksana.
Rasulullah s.a.w. turut besabda:
"Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat."
- Hadis riwayat Ibnu Majah
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
"Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan."
- Hadis riwayat Ibnu Majah
Muslimin dan muslimat sekalian,
1. "Hidup ini singkat. Hidup ini berlalu pantas. Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada hari ini, pagi ini, petang ini, malam ini ataupun esok lusa dan seterusnya. Kita tak tahu bilakah kita, ibu bapa, saudara-mara,ulama-ulama, guru-guru,sahabat kita akan pergi meninggalkan kita. Boleh jadi hari ini, esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan atau sebaliknya."
(Shafiq Buang - Khamis,14 Zulhijjah 1432 jam 11.50 malam /10 November2011 )
a. " Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya."
(Luqman 31 : 34)
b." Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. "
(Al-i-'Imran 3 : 185)
c. " Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:” Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah”. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? " (An-Nisaa 4 : 78)
2. Beribu jalan menuju kepada Allah. Ada yang keliru. Ada yang buntu. Ada yang bercelaru. Ada yang dungu. Ada yang terpaku. Ada yang tak tahu. Ada yang tahu. Carilah jalan yang benar. Semoga kamu semua sampai kepada Allah s.w.t dengan sebaik-baik rupa.
(Shafiq Buang - Khamis , 14 Zulhijjah 1432 jam 11.59 malam / 10 November 2011)
a. “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (Az-Zumar 39 : 9)
b. " Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat." (Al-Fatihah 1 : 5-7)
c. " Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan." (Ya-Sin 36 : 83)
3. Jadilah kau orang yang bahagia. Orang yang bahagia ialah orang yang tenang hatinya zahir dan batin, jasmani dan rohani, tersurat dan tersirat, luaran dan dalaman. Dan janganlah engkau mencintai dunia dan bergantung kepadanya dan segala yang ada dalamnya. Bergantunglah sepenuhnya kepada yang mencipta kamu dan dunia kamu ini. Awaslah! Jangan kau tertipu dengan tipu daya, ilusi, halusinasi, dan hipokrasi dunia ini, kelak kau akan menjadi orang yang merugi dan binasa.
a. Rasululah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan (yang hakiki) adalah kekayaan (dalam) jiwa.”
(HR. al-Bukhari, no. 6081 dan Muslim, no. 1051).
b. " Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Al-i-'Imran 3 : 185)
c. ...maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. (Luqman 31 : 33)
d. “Barangsiapa yang mencintai dunia (secara berlebihan), maka hendaknya dia mempersiapkan dirinya untuk menanggung berbagai macam musibah (penderitaan).”
(Dinukil oleh Imam Ibnul Qayyim dalam kitab Igaatsatul Lahfaan, 1/37).
(Shafiq Buang - Jumaat , 15 Zulhijjah 1432 jam 12.30 malam / 11 November 2011)
Kepada semua yang mengenali diri hamba, hamba ingin meminta maaf awal-awal, takut selama berkenal dengan hamba, hamba ada terkasar bahasa, membuat kecil hati, hamba sedar hamba hanyalah seorang hamba yang jahil, lemah, kerdil, fakir, tidak terdaya dan tidak memiliki apa-apa melainkan segalanya dan semuanya milik Allah s.w.t Yang Maha Berkuasa.
Insya'Allah kerana Allah.
(Dengan izin Allah kerana Allah.)
laa hawla wala quwwata illa billah
(tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.)
Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”.
(Hadis Riwayat Tabrani)
Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un
(“Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali.")
Alhamdulillah (Segala pujian milik Allah),
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Jazakallahu khairan kasiro,
dari Dia, kepada Dia,
Muhammad Shafiq bin Buang.
( Jumaat , 15 Zulhijjah 1432 jam 1.03 AM / 11 November 2011)
No comments:
Post a Comment