Penulis |
Saudara-saudari sekalian,
Dalam kehidupan akhir zaman dan nyawa yang tersangat singkat ibarat nafas yang ditarik, ditahan dan dihembus ini, usahakan lah sekeras-kerasnya untuk engkau capai makam ikhlas sebenar ikhlas!
Ikhlas yang sebenar itu ialah dengan kau melakukan apa jua kebaikan, meninggalkan apa jua keburukan, baik dipandang orang atau tidak, engkau tetap lakukan tanpa mengharap apa-apa jua perhatian selain dari Allah!
Lakukan lah segala amaliah, ibadah, aktiviti dan segala macamnya dengan niat yang suci murni iaitu hanya kerana Allah semata-mata! Zahirkan lah rasa cinta rindu kasih mahabbah batinniyah terdalam itu untuk Allah Subhanahu Ta'ala dan Baginda Sayyidinna Muhammad Rasulullah Sallahu alaihi wassalam sahaja!
Hanya dengan membuangkan kecintaan terhadap dunia engkau akan di-isikan dengan rasa ikhlas menuju Allah.
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS. Al Mulk: 2). Dalam Tafsir Al Qurthubi disebutkan bahwa As Sudi berkata mengenai ayat ini, yang dimaksud orang yang paling baik amalnyaadalah yang paling banyak mengingat kematian dan yang yang paling baik persiapannya menjelang kematian. Ia pun amat khawatir menghadapinya.
Imam Ghazali alaihi salam di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin menukil wasiat dari Ruhullah Nabi Isa Alaihis Salam yang berbunyi,
وقال عيسى عليه السلام : لا تتخذوا الدنيا ربا فتتخذكم عبيدا
“Jangan kalian menjadikan dunia sebagai Tuhan, maka dunia akan menjadikan kalian sebagai hamba.”
Barangsiapa yang menjadi hamba dunia maka dunia akan menghancurkannya sehancur-hancurnya baik secara cepat atau lambat. Dan itu yang kini sedang terjadi di belahan dunia manapun di akhir zaman ini.
- Shafiq Buang, 17 August 2025, 22 Safar 1447H, 3:16pm.
No comments:
Post a Comment