Shafiq Buang

Sunday, 17 August 2025

Wasiat Shafiq Buang 43

 

Dari kiri: Syakh Dahlan, Syakh Sahrin, Penulis, Shaykh Faisal, Shaykh Habib & Shaykh Ali.

Saudara-saudari sekalian,

Haruslah kita belajar minta maaf dan memaafkan. Ini kerana hati kita dipenuhi dengan ke-egoaan ataupun ke-aku-an yang melampau sehingga kita sukar untuk memaafkan orang yang menyalahi kita secara sengaja atau tidak. Apatah lagi kalau kita pula ingin meminta maaf kepada orang yang kita sendiri secara sengaja atau tidak sengaja menyakiti.

Menyakiti perasaan seseorang itu merupakan dosa besar dan haram hukumnya. Kita dituntut untuk mengembirakan orang yang mana fadilatnya ibarat ber-iktikaf di Masjid Nabi! 

Janganlah engkau sombong dan bersifat seperti iblis yang hanya menuruti ego api diri mu yang senantiasa ingin merasa benar walaupun ternyata secara jelas engkau itu salah!

Untuk engkau mencapai maqam nafsu mutmainnah atau qalbun salim (jiwa tenang), paksa kan lah diri mu sekeras-kerasnya untuk buang ego mu sehingga diri engkau itu tidak lagi kau terpandang lagi! Yang wujud dan ada hanyalah Allah semata-mata!


- Shafiq Buang, 17 August 2025, 22 Safar 1447H, 2:56am.

2 comments:

  1. Sekiranya permohonan maaf telah diajukan, tetapi tidak diterima, apakah langkah seterusnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tugas kamu di dunia cuma bersungguh-sungguh meminta maaf sama beliau, kalau tidak dapat berjumpa dengan apa cara sekalipun, berdoa lah sebanyaknya, dan hadiahkan lah jua amal kebaikan kamu niatkan untuk beliau, mudahan di akhirat, beliau lembut hati memaafkan kamu. In shaa Allah bii idhnillah wa bihawlillahi wa quwwatih!

      Delete