Shafiq Buang

Sunday, 18 April 2021

Wasiat Shafiq Buang 27

Saudara saudari yang disayangi sekalian,

Hidup ini satu ujian.
Tiada yang kekal selamanya di dalam dunia ini, tidak kiralah orang tersayang, keluarga, kawan, harta, pangkat dan posesi yang kita ada.

Semuanya akan pergi meninggalkan kamu, sama ada kamu sukai atau sebaliknya.
Janganlah terlalu terikat dengan apa sahaja yang ada di dalam dunia ini, kelak kamu akan merasa kepedihan tatkala kehilangan sesuatu itu samada benda bernyawa ataupun tidak bernyawa.

Ajarilah diri anda supaya hanya bergantung kepada yang Maha Kekal (Al-Baaqii). Kerana dengan bergantung nya kau kepada Dia, kau tidak akan rasa kehilangan bahkan kau rasa lebih aman, selamat dan bahagia.

Saudara saudari sekalian, hargailah setiap saat, jam, dan hari yang berlalu dengan melakukan kebaikan yang ikhlas tidak mengharap apa jua balasan. Capai lah maqam ikhlas agar kau tidak rasa sedih tatkala kau tidak mendapatkan apa yang kau harapkan. Terlalu tinggi harapan akan membuat kau kecewa. Always live in the moment, learn from the past, and worry not about the future because it is yet to come.

Saya doakan saudara saudari sekalian dilimpahi kasih sayang dan rahmat dari Allah subhanahu wata'ala. Aaamiin. Assalamualaikum. 

Shafiq Buang, 6:59am, 18 April 2021.


No comments:

Post a Comment