" Lakukanlah solat fardhu walau berat dan membosankan sekalipun. Laksanakan lah solat walau hati kau berat dan merasa tidak ikhlas dalam melakukannya. Mudah-mudahan Allah s.w.t melembutkan dan menjinakkan hati kau agar terus melakukan solat dan mendapat kemanisan dalam solat. "
tambahan penulis :
Memang berat untuk mengekalkan melakukan solat fardhu 5 waktu, apatah lagi solat-solat sunat. Tiada cara lain melainkan dengan engkau memaksakan jasmani dan rohani kau agar melakukannya walaupun hati kau rasa begitu rimas, geram, berat dan menyusahkan. Aku faham akan perasaan hati kau, kerana aku pun begitu dahulunya. Tapi, sampai bila kita sanggup melanggar perintah-Nya ? sampai bila kita ingin melupakan-Nya ? sampai bila kita ingin menzalimi diri sendiri ?
Wahai sahabat-sahabat dan saudara-mara ku,
Kita dilahirkan bukan hanya untuk menikmati keseronokan dunia belaka sahaja. Allah s.w.t memilih kau daripada berjuta-juta benih air mani. Pasti ada hikmahnya. Kau merupakan salah seorang dari yang terpilih, maka bersyukurlah, sujud syukur lah. Kerana nikmatnya terlalu luas dan terlalu besar sehingga kau tak mampu untuk mengingati dan membalas kembali apa yang telah diberi-Nya.
Cukuplah dengan kau mempercayai Dia-lah Tuhan Yang Esa dan Satu yang Tunggal.
Lakukanlah solat fardhu.
Puasalah di bulan Ramadhon, jangan-lah engkau mencuri makan di lorong-lorong tersembunyi atau di dalam rumah atau tempat yang sunyi dan tempat orang ramai yang membenarkan engkau makan di situ tanpa sekatan.
Bayarlah zakat, memperbanyakkan lah sedekah, derma, dan bantu anak-anak yatim, fakir miskin dan yang memerlukan. Tidak cukupkah segala kemewahan dan kesenangan yang kau miliki sekarang ?
Lakukanlah umrah dan haji bila harta kau telah cukup, bila jiwa raga kau telah mantap. Jangan engkau bazirkan duit kau dengan melancong ke tempat atau negeri yang sia-sia dan tidak memberi kau kedekatan dan kesedaran akan kewujudan Allah s.w.t.
Carilah Allah, kenali-lah Allah, cintai-lah Allah dengan sepenuh hatimu, dan kau akan bersama Allah s.w.t dengan hati yang tenang lagi gembira.

No comments:
Post a Comment