Shafiq Buang

Monday, 13 August 2012

Kitab Kisah Kehidupan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani



Kitab : Mawa'izh Al-Syeikh 'Abd Al-Qadir Al-Jailani ( Kisah Kehidupan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani )
Penulis : SALIH AHMAD AL-SYAMI
Terbitan AL-HIDAYAH

best gile buku ni, kepada peminat Sultana Awliya' Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, aliran sufi, tasauf , tariqat Qadiriya, dan kerohanian.

Boleh la dapatkan buku ni, dalamnya mengandungi kisah hidup beliau, madrasah beliau di Baghdad, mutiara kata dari kitab-kitab nya "Fath al-Rabbani al-Rahmani, Al-Ghunyah, Futuhul Ghaib".

saya beli buku ni di Syarikat Adam, Kompleks Kailan,Kepala Batas, Pulau Pinang. (siape duk penang, bole la singgah beli, RM15 je pun, tapi nilainya lebih dari tu, jinak-jinak hati untuk membaca kitab, bekalan untuk kehidupan dunia akhirat.)

Insya'Allah, untuk Allah.



Thursday, 9 August 2012

Wasiat Shafiq Buang 9

" Orang yang tiada agama dan tidak mahu beragama ialah orang yang kosong hatinya, resah gelisah dan hidup dengan kebosanan. Manakala, orang yang beragama tapi tidak mahu mempelajari agamanya, mendalami agamanya dan mengamalkan agamanya, maka hatinya dan dirinya juga seperti orang yang tiada agama."


p/s : janganlah jadi 'agama' pada kad pengenalan. agama yang hanya menjadi nama. agama menjadi 'hama'.

bukan nak cakap tinggi, bukan nak rendah kan orang, tapi setiap hamba harus tahu apa itu hamba, apa itu tuan.





Sunday, 5 August 2012

Wasiat Shafiq Buang 8

Aku bersama Aku, melalui Aku, menuju Aku, kepada Aku, kembali kepada Aku.


Aku tiada, Kau ada.

Aku kosong, Kau satu.
Siapa Aku?
Siapa Kau?





keterangan :

Jika selama ini kita rasa kita dapat melakukan sesuatu kebaikan adalah disebabkan kekuatan dan kerajinan kita, kita salah !

Jika kita rasa kita mampu melaksanakan solat dan berpuasa disebabkan daya upaya kita, kita salah!

Segala kekuatan dan segala daya upaya kerajinan usaha adalah datangnya daripada pinjaman kekuatan dan kekuasaan Allah s.w.t.

Hakikat kita, lemah, hina, dhaif, jahil dan tidak mampu segala-galanya.

Sedangkan Allah s.w.t , Maha Kuasa, Maha Kaya, dan Maha Mengetahui. Dan Dia memiliki nama-nama yang baik (Asmaul Husna).

Oleh itu, perbanyakkanlah bersyukur kerana Allah s.w.t telah mengasihi dan menyayangi kau dengan menyelamatkan kau daripada tersesat dan menjadi orang yang zalim.

Perbanyakkanlah berdoa dan bermunajat kepada-Nya, rendahkanlah diri kau, buang-lah ego kau, mudah-mudahan kau akan merasakan kewujudan dan kehadiran Allah s.w.t dalam hidup kau.




Semoga Allah s.w.t mencuri segala apa yang mencuri kamu daripada-Nya! "

- Rabi'atul Adawiyah Al-Basriyah



" Hanya satu-satunya cara untuk sampai kepada Allah s.w.t adalah dengan Allah s.w.t itu sendiri."

- Abu Bakr al-Kalabadhi 




Wasiat Shafiq Buang 7

"  Lakukanlah solat fardhu walau berat dan membosankan sekalipun. Laksanakan lah solat walau hati kau berat dan merasa tidak ikhlas dalam melakukannya. Mudah-mudahan Allah s.w.t melembutkan dan menjinakkan hati kau agar terus melakukan solat dan mendapat kemanisan dalam solat. "


tambahan penulis :

Memang berat untuk mengekalkan melakukan solat fardhu 5 waktu, apatah lagi solat-solat sunat. Tiada cara lain melainkan dengan engkau memaksakan jasmani dan rohani kau agar melakukannya walaupun hati kau rasa begitu rimas, geram, berat dan menyusahkan. Aku faham akan perasaan hati kau, kerana aku pun begitu dahulunya. Tapi, sampai bila kita sanggup melanggar perintah-Nya ? sampai bila kita ingin melupakan-Nya ? sampai bila kita ingin menzalimi diri sendiri ?

Wahai sahabat-sahabat dan saudara-mara ku,

Kita dilahirkan bukan hanya untuk menikmati keseronokan dunia belaka sahaja. Allah s.w.t memilih kau daripada berjuta-juta benih air mani. Pasti ada hikmahnya. Kau merupakan salah seorang dari yang terpilih, maka bersyukurlah, sujud syukur lah. Kerana nikmatnya terlalu luas dan terlalu besar sehingga kau tak mampu untuk mengingati dan membalas kembali apa yang telah diberi-Nya.

Cukuplah dengan kau mempercayai Dia-lah Tuhan Yang Esa dan Satu yang Tunggal.
Lakukanlah solat fardhu.
Puasalah di bulan Ramadhon, jangan-lah engkau mencuri makan di lorong-lorong tersembunyi atau di dalam rumah atau tempat yang sunyi dan tempat orang ramai yang membenarkan engkau makan di situ tanpa sekatan.
Bayarlah zakat, memperbanyakkan lah sedekah, derma, dan bantu anak-anak yatim, fakir miskin dan yang memerlukan. Tidak cukupkah segala kemewahan dan kesenangan yang kau miliki sekarang ?
Lakukanlah umrah dan haji bila harta kau telah cukup, bila jiwa raga kau telah mantap. Jangan engkau bazirkan duit kau dengan melancong ke tempat atau negeri yang sia-sia dan tidak memberi kau kedekatan dan kesedaran akan kewujudan Allah s.w.t.

Carilah Allah, kenali-lah Allah, cintai-lah Allah dengan sepenuh hatimu, dan kau akan bersama Allah s.w.t dengan hati yang tenang lagi gembira.

 

Wasiat Shafiq Buang 6

" Aku lebih rela menjadi orang bodoh yang sedar akan kebodohannya daripada menjadi orang pandai yang tidak sedar akan kebodohannya."


" Satu hari yang aku lalui tanpa mendapatkan sebarang ilmu umpama satu perjalanan di padang pasir yang sedang panas terik tanpa membawa apa-apa bekalan."

" Manakala, satu hari yang aku lalui dengan mempelajari dan memahami satu ilmu baru yang bermanfaat bagi diriku, agama dan masyarakat, umpama satu istirehat di taman bunga pada musim bunga yang indah lagi menenangkan jiwa."




Penulis bersama Ajwad Ahmad dan Syahidan.