Wahai saudara saudari sekalian,
“Harus lah kita berhati-hati dengan hati kita sendiri.”
Hal ini kerana, kebanyakan kita beribadat dan beramal dalam kesombongan.
“Dalam taat, ada maksiat.”
Kita menyangka amal ibadah kita semuanya, datang sepenuhnya dari usaha mental dan fizikal kita semata-semata. Bergantung diri sepenuhnya kepada diri sepenuhnya sampai melupakan bahawa Allah Azza Wajjala lah yang sebenar-Nya meminjamkan kekuatan dan dengan izin-Nya jualah terlaksana apa yang kau terniat untuk buat. Jangan menyangka persembahan yang engkau banggakan itu semata-mata dari usaha tubuh badan kau!
“Dalam maksiat, ada taat.”
Hinakan dan rendahkanlah diri engkau. Walaupun engkau seorang ahli maksiat yang sentiasa mengulangi dosa, tatkala engkau dengan penuh rendah hati dan seribu penyesalan, kembali pulang kepada Allah Azza Wajalla dan Sayyiddina Muhammad Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam, in shaa Allah dengan rahmat kasih sayang Allah, Allah subhanu wata’ala menerima engkau dengan tangan terbuka.
“Repent and return.”
Kembali lah dan pulang lah kepada Allah dan Rasul dengan sepenuhnya 100%.
Cukuplah engkau mengejar dan mengemis dunia ini.
Hancurkan lah ego dan nafsu ammarah dan syahwat mu dari terus menggeliur dengan godaan berahi dunia ini!
Semoga kita semua dengan rahmat kasih sayang Allah, kembali dan pulang ke rahmatullah dengan sebaik-baik rupa. Aamiin ya Allahu ya Mujib!
- Shafiq Buang, 1 April 2025, 10pm.
No comments:
Post a Comment