Shafiq Buang

Sunday, 24 November 2024

Wasiat Shafiq Buang 35



Wahai sekalian umat,

Berpegang teguh lah pada agama islam!

Genggam erat kuat tauhid dan aqidah kau agar tidak terpesong dari landasan Allah subhanahu wa ta’ala dan sunnah Baginda Sayyiddina Muhammad Rasulullahu sallahu alaihi wassalam! 

Sempurnakan lah islam kau dengan melengkapi 4 perkara ini:

1. Syariat (fiqh, hukum-hakam, undang-undang islam)

2. Tariqat (pilih lah dan masuk lah jemaah tarikat yang betul agar kita ada satu landasan wirid bersanad berjalur silsilah hingga ke Rasulullah saw) 

Antara tariqat: Naqshbandi, Qadiriyah, Chistiyyah, Shahdiliyyah dan sebagainya.

3. Hakikat (kebenaran realiti empunya diri, diri, hati, roh, dan segalanya)

4. Makrifat (rahsia kemanisan di atas penghayatan perjalanan menempuh dan mendalami segalanya)


Semua itu harus bersama dengan guru mursyid arif billah yang membimbing engkau dari kegelapan keluar menuju cahaya!


- Shafiq Buang, 11:43am, Ahad, 24 November 2024.


Saturday, 23 November 2024

Wasiat Shafiq Buang 34


Wahai saudara dan saudariku,

Cari lah kau pembimbing guru mursyid arif billah yang sebenar-benarnya. Agar kau disuluhi cahaya dan kebenaran yang Haqq dan dijauhi dari yang batil.

Berdoalah sebanyaknya, doa munajat lah, solat hajat lah supaya kau dipertemukan dengan guru yang bercahaya dan menerangi kegelapan kau!

Banyakkan berselawat sekurangnya 100 kali setiap hari. In shaa Allah berkat selawat itu akan memimpin kau dari kesesatan yang menyimpang dari Allah Azza Wajalla!

Guru yang sebenar tatkala kau melihat wajahnya, kau teringat Allah, Rasul dan diri hina fakir miskin kau serta merta! Wajahnya silau yang kau tak mampu untuk melawan pandangan matanya yang menembusi mata kau.

Matanya tenang tapi juga tajam pada masa yang sama. Kau pasti terasa terduduk dan tunduk sebab pandangan tersebut membuat kau memandang diri, hati dan roh engkau yang terlalu najis berkarat dengan nafsu dunia!

Bertaubat lah!

Insaf lah!

Kembali lah kepada rahmat kasih sayang Allah Azza Wajalla dan baginda Sayyiddina Muhammad Rasulullah sallahu alaihi wassalam! 🌹✨❤️


- Shafiq Buang, 12:05pm, 23 November 2024.


Maulana Jalaluddin Rumi mengatakan, "Tanpa Guru (Mursyid) maka kalian akan tersesat 1000 tahun perjalanan."

Imam al- Ghazali ra dalam kitab Ihya U'lumuddin mengatakan,
"Tanpa guru maka guru kalian adalah syaitan."

Al-Hafidh Imam At-Tsauri r.a mengatakan
“Penuntut ilmu tanpa sanad adalah bagaikan orang yang ingin naik ke atap rumah tanpa tangga."

Al-Imam Abu Yazid Bistami, Quddisa Sirruh (Makna tafsir QS.Al-Kahfi 60);
“Barangsiapa tidak memiliki susunan guru dalam bimbingan agamanya, tidak ragu lagi nescaya gurunya syaitan”
(Tafsir Ruhul-Bayan Juz 5 hal. 203).




Sunday, 29 September 2024

Wasiat Shafiq Buang 33

 



Wahai para sahabat ku. 


Hidup ini ialah ujian satu per satu, hari demi hari kita diuji dengan pelbagai macam rintangan.


Dalam setiap ujian itu ialah satu nikmat dan rahmat jika kita dapat melihat dan merasa kehadiran Allah. 


Jangan lah kita berburuk sangka dengan Allah jika kita diuji baik ringan atau berat.


Walaupun kita sakit demam panas sehari itupun Allah dengan sifat pemurahnya mengampunkan dosa kita setahun. 


Bila Allah jauhkan kita dari manusia, beri kita sakit, beri kita susah;


Allah rindu kita.

Allah rindu bila kita ingat kepada Dia.


Banyakkan self reflection so you reach self actualisation.

Dalam waktu kita bersendiri dan seorang.


Itu lah masa Allah nak kita kenal diri kita sebenar. Dan dalam pada kita kenali diri sendiri, di situlah terletak rahsia untuk kita dapat mengenali Allah melalui Allah juga.


“Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.”


(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali.)


Dalam bahasa dan rahsia yang saya akan rumuskan:


“Daripada Allah. Bersama Allah. Kepada Allah.”


Renungkan dan fikirkan dalam-dalam. Sebab jawapan nya ada dalam diri kamu. Bukan di luar.


In shaa Allah.

Segalanya Allah.

Allah segalanya.


- Shafiq Buang, 29 September 2024, 8:15am.

Friday, 27 September 2024

Wasiat Shafiq Buang 32


 jangan buang masa,

make time for Allah and Rasul,

masa lalu biarlah berlalu,

masa depan jangan lah kau terlalu risau,

hidup lah hari ini dengan sebaiknya,

kita semua adalah musafir yang singgah sementara,

sekadar menanti mati,

untuk ke destinasi ilahi,

yang akan hadir bila-bila sahaja,

ingat mati,

kenal diri,

kenal Allahurabbi.


Tenang sejati abadi. 

In shaa Allah. 

Aamiin ya Allahu ya Mujib. 🤲🏻✨


Shafiq Buang, 27 Sept 2024, 2:40pm.



Thursday, 26 September 2024

Wasiat Shafiq Buang 31

ahli maksiat yang bertaubat,

boleh jadi lebih tinggi martabat,

daripada ahli ibadat yang bangga dengan taat,

walaupun hidup macam musibat,

jangan sampai kita tak makrifat,

takut tiba-tiba mati terkujat,

tidak lagi ada manfaat.


- Shafiq Buang, 25 September, 11:30pm.

Monday, 29 July 2024

Wasiat Shafiq Buang 29

 Cinta sejati adalah rahmat besar Allah swt.

Cinta sejati tidak menghiraukan kekurangan dan kecacatan kekasihnya.

Cinta sejati tidak berkurang atau bertambah walaupun kekasihnya baik atau kurang baik pada tempoh atau situasi tertentu.

Cinta sejati tetap terhubung walaupun tidak berhubung dan dihubungi dalam tempoh lama mahupun jarak yang jauh.

Cinta sejati kekal selamanya walau dalam peredaran masa, alam dan nyawa.