Shafiq Buang

Thursday, 6 February 2020

Wasiat Shafiq Buang 26

When nothing upsets you, you are at the beginning of the path. When you desire nothing, you are halfway on the path; when nothing becomes everything, you are perfected."

- Meher Baba.

Bila tiada apa yang mampu menyakiti hati mu, kau telah berada di permulaan perjalanan (perjalanan dalam mengenali diri, membersihkan diri daripada sifat-sifat keji dan terlalu mengabdi diri kepada duniawi).

Bila kau tidak punya sebarang kemahuan terhadap apa-apa,  kau telah berada di pertengahan jalan 
(bila kita tidak ada sebarang keinginan/jangkaan/expectations, kita akan rasa lebih berlapang dada and tidak takut akan kehilangan atau kerugian apa-apa).

Bila tiada apa-apa menjadi segala-galanya, kau telah sempurna 
(bila kita sudah kosongkan diri kita daripada sifat materialistik, fanatik, obsesif, dan hedonistik, kita akan memahami hakikat bahawa realiti dunia dan kehidupan kita pada titik akhirnya ialah satu titik kekosongan yang tidak berpenghujung dan takkan pernah puas jika kita tidak pernah terdetik di hati untuk bersyukur atas segala nikmat walaupun dengan setitik air dingin tatkala kita sedang kehausan).

Oleh itu, hendaklah kita sentiasa memeriksa diri, mencerminkan diri, membersihkan diri dan mempersembahkan diri dengan sebaik diri demi pandangan Allah subhanahu wata'ala, tak kira sama ada dikeji atau dipuji manusia.
Kerana sesungguhnya, manusia itu tetap ciptaan-Nya, bukanlah Sang Maha Pencipta yang Maha Tunggal tiada dua atau tiga, hanya Satu dan satu-satuNya! 

Perkuatkan tauhid/pegangan/aqidah/kefahaman mu seperti kau menggenggam batu hingga berdarah tanganmu asalkan kau tetap bersujud dan berpaksi kepada Allah subhanahu wata'ala SAHAJA!

Semoga kita sentiasa diberi cahaya, ilmu, ilham, garis panduan, nasihat, pedoman dan bimbingan-Nya melalui-Nya, dengan izin-Nya, atas asbab musabab perantaraan orang-orang-Nya/kitab-kitab/majlis ilmu/muhasabah diri dan sebagainya. Amiin. 


SHAFIQ BUANG, 1:59AM, 6th February 2020