nak berjaya dalam dunia atau akhirat, perlu ada tiga perkara :
1. keyakinan ( confidence )
DUNIA : keyakinan dalam perbuatan, percakapan dan pekerjaan yang dilakukan.
AKHIRAT : keyakinan 100% bahawa Allah lah segala-galanya. 99% masih tidak cukup dan masih di tahap syirik, kerana merasakan ada kuasa yang berkuasa selain Allah.
2. kesungguhan ( perseverance )
DUNIA : nak berjaya, nak dapatkan apa yang dinginkan, harus rajin , tekun dan bersungguh-sungguh.
AKHIRAT : nak jadi orang beriman, kena jadi tekun menuntut ilmu, kena rajin beribadat dan beramal soleh tanpa rasa jemu dan bosan.
3. kemahiran ( skills )
DUNIA : perlukan kemahiran dan kreativiti dalam membentuk satu cara atau sistem bagi mempermudah dan mempercepatkan urusan dan pekerjaan yang dilakukan.
AKHIRAT : perlukan kemahiran dalam meniliti perkara yang baik, jahat dan samar-samar antara keduanya.
- Shafiq Buang.
(2 pagi, Selasa , 16 April 2013 )