Jangan pernah sesekali ada rasa untuk sombong.
Badan dan nyawa engkau sendiri pun bukan engkau punya.
Apakah sangat yang engkau benar-benar memilikki?
Angin yang kau hirup,
Engkau lepaskan jua.
Makanan yang kau makan,
Engkau keluarkan jua.
Pakaian yang kau pakai,
Engkau tanggalkan jua.
Segala harta wang yang kau kumpul,
Akan meninggalkan engkau jua.
Anak, bini, suami, saudara-mara dan kawan-kawan jua akan meninggalkan engkau dan engkau meninggalkan mereka.
Sama ada engkau meninggal dunia,
Atau dunia itu akan tinggalkan engkau!
Orang yang cerdas dan berakal pasti akan jadikan dunia ini sekadar ladang untuk akhirat kehidupan abadi bersama kekasih awal dan akhir, iaitu Allah Azzawajalla!
- Shafiq Buang, 25 April 2026, 8 Zulkaedah 1447.
No comments:
Post a Comment