Shafiq Buang

Saturday, 3 August 2013

Love and Its "Reality".

" Love is not about a collection of diamond rings or thousand bouquet of red roses,
Love it's all about PURE & TRUE HONESTY,
If so-called Love is built or created without the "PURE & TRUE HONESTY,
that's not Love, that's 'Bullshits'. "

- SHAFIQ BUANG.
(special Love and Reality quote on his own birthday)
3rd of the August, 2013.










Tuesday, 16 April 2013

Wasiat Shafiq Buang 24


nak berjaya dalam dunia atau akhirat, perlu ada tiga perkara :

1. keyakinan ( confidence )

DUNIA : keyakinan dalam perbuatan, percakapan dan pekerjaan yang dilakukan.

AKHIRAT : keyakinan 100% bahawa Allah lah segala-galanya. 99% masih tidak cukup dan masih di tahap syirik, kerana merasakan ada kuasa yang berkuasa selain Allah.

2. kesungguhan ( perseverance )

DUNIA  : nak berjaya, nak dapatkan apa yang dinginkan, harus rajin , tekun dan bersungguh-sungguh.

AKHIRAT : nak jadi orang beriman, kena jadi tekun menuntut ilmu, kena rajin beribadat dan beramal soleh tanpa rasa jemu dan bosan.

3. kemahiran ( skills )

DUNIA : perlukan kemahiran dan kreativiti dalam membentuk satu cara atau sistem bagi mempermudah dan mempercepatkan urusan dan pekerjaan yang dilakukan.

AKHIRAT : perlukan kemahiran dalam meniliti perkara yang baik, jahat dan samar-samar antara keduanya.

- Shafiq Buang.
(2 pagi, Selasa , 16 April 2013 )

Monday, 4 March 2013

Wasiat Shafiq Buang 23

" Kesibukan dunia membuatkan kau terleka dan terlena dibuai mimpi manisnya. Mengejar pelangi yang pasti tak kau kecapi. Segalanya ada dalam diri kau, kenapa kau mencari diri yang lain ? Segalanya ada pada Allah, kenapa kau menyembah yang lain ? "

     
- Shafiq Buang.



Wednesday, 20 February 2013

Wasiat Shafiq Buang 22

" Jika kau yakin segalanya milik Allah, maka yakinlah kau telah memilikki segalanya ! "

- Shafiq Buang.



Sunday, 3 February 2013

Wasiat Shafiq Buang 21


" Apakah gunanya harta setinggi langit, jika Allah s.w.t tidak wujud dalam hati kau ? Apa gunanya ilmu kau seluas lautan, jika kewujudan Allah tak kau rasa ? Apa gunanya rumah besar, jika hati kau masih kosong dan jauh dengan Allah ? Hargailah dan syukurilah nikmat Allah s.w.t walaupun dengan seteguk air yang di-izin-Nya untuk kau minum dengan rahmat kasih sayang-Nya."

- Shafiq Buang.



Wednesday, 30 January 2013

Wasiat Shafiq Buang 20

" Kau tak akan marah jika kau tahu segala apa yang berlaku adalah lakuan Allah s.w.t. semata-mata. Kesenangan dan kesusahan juga daripada-Nya. Kesihatan dan kesakitan juga daripada-Nya. Setiap salah satunya memiliki nikmat yang tersendiri. Kemewahan adalah nikmat, kemiskinan juga nikmat. Kesihatan adalah nikmat, kesakitan juga adalah nikmat Allah s.w.t. Setiap nikmat mempunyai rahsia dan hikmah-Nya. Jangan-lah kau kufur nikmat !! Jangan-lah kau lupakan orang fakir miskin dan orang yang dalam kesusahan yang berat !! Ringakanlah bebanan mereka, bantulah mereka. Urusan dan permasalahan kau akan dipermudahkan sebagaimana kau permudahkan urusan mereka. Kosongkan-lah niat dan hati kau daripada menginginkan habuan dunia semata-mata. Jangan-lah kau jadikan dunia ,harta dan emas perak sebagai Tuhan kau !! Kau pasti akan menyesal jika kau lakukan sedemikian rupa. Wujudkan Allah s.w.t dalam hati dan niat kau !! Kau akan bahagia dunia dan akhirat, kau akan tenang sejahtera, kau akan tersenyum bila kau mati."

- Shafiq Buang.




Tuesday, 29 January 2013

Wasiat Shafiq Buang 19


" Kesunyian itu manis. Keseorangan itu satu ketenangan, bila kau dekat dengan-Nya. Dan menjadi satu kesakitan dan kesengsaraan bila kau jauh dan tak mengenal-Nya. Wahai jiwa yang resah gelisah dan gundah gulana, kembali-lah kepada Allah s.w.t. !! Rapatkan-lah diri mu kepada Nya !! Bercinta-lah dengan Nya. Jika kau telah merasai-Nya, kau akan merasakan satu kenikmatan yang luar biasa. Hanya orang yang merasa yang akan tahu akan rahsia dalam rahsia."



- Shafiq Buang.

Thursday, 24 January 2013

Wasiat Shafiq Buang 18

" Jangan lihat siapa yang cakap, tapi fahamkan lah apa yang dicakap. Boleh jadi orang tersebut hina pada mata makhluk, tapi mulia di sisi Allah s.w.t. Dan boleh jadi orang tersebut mulia di sisi makhluk, tapi hina di sisi Allah s.w.t. !! "

- Shafiq Buang.



Wasiat Shafiq Buang 17

" Sesibuk mana pun kau di dunia, jangan sampai kau kehilangan Allah ! Jika kau kehilangan Allah, maka hilanglah segalanya ! Ini adalah satu kesilapan dan kebodohan yang sangat besar. Sentiasalah hadirkan Allah di dalam hati walaupun seketika. Dengan mengingati Allah s.w.t. , kau akan merasakan ketenangan jiwa. Ketenangan jiwa ialah kebahagiaan yang sebenar."

- Shafiq Buang.

Wasiat Shafiq Buang 16



" Jagalah niat semasa melakukan amal kebaikan. Jangan lah condongkan niat tersebut ke arah membesar diri (riak, ujub, takkabur). Perbanyakkanlah kebaikan tanpa mengharap balasan dan ikhlaskan lah segala kebaikan yang dilakukan. Keberkatan, kemuliaan dan pertolongan akan datang saat kau lupa dan tidak sedar akan kebaikan yang telah kau lakukan dahulu."

- Shafiq Buang.

Tuesday, 22 January 2013

Wasiat Shafiq Buang 15


" Setiap apa yang berlaku adalah lakuan Allah s.w.t. semata-mata. Bersabarlah dan terimalah dengan hati terbuka jika lakuan-Nya itu tidak memuaskan kehendak hati kamu, dan menyakiti hati kamu. Sesungguhnya Dia lebih tahu, sedangkan kau tidak mempunyai pengetahuan tentang itu. Percayalah !! Dan yakinlah sepenuhnya kepada keputusan Allah s.w.t dengan keyakinan yang sebenarnya !! Dia-lah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana tentang apa yang terbaik untuk kamu dalam mengharungi kehidupan seharian. "

- Shafiq Buang .


Friday, 18 January 2013

Wasiat Shafiq Buang 14

" Biar tak pandai, asalkan akhlak dan adab dijaga. Pergi kemana, orang suka."

- Shafiq Buang


Thursday, 17 January 2013

Wasiat Shafiq Buang 13

" Hidup umpama nyalaan api pada sebatang lilin. Sama ada ditiup angin, atau terpadam disebabkan telah cairnya kesemua lilin itu. Gunakan lah masa hidup mu sebaiknya. Setiap orang mempunyai tempoh nyalaan lilin berbeza. Ada yang lilinnya besar, jadi lambat pula terpadamnya. Ada yang pendek dan cepat terpadam. Ada yang besar dan panjang, tapi terpadam dengan sekejap saja tatkala ditiup angin kencang. Masa tetap kan berlalu tanpa mengendahkan perasaan mu. Kau dan aku pasti akan pergi, sama ada cepat atau lambat. Hargailah orang yang menghargai mu. Sayangilah orang yang menyayangi mu. Sayang lah kepada semuanya. Kau akan ditangisi dan dimuliakan kerana telah banyak berjasa kepada mereka. Semoga aku dan kau pergi dengan aman damai, sejahtera di sana... Selamanya..."

Shafiq Buang ( 2.36 PM - 17 jan 2013 )




Friday, 11 January 2013

Wasiat Shafiq Buang 12



" Jadilah manusia yang terbaik, iaitu manusia yang banyak manfaatnya kepada sesama manusia, haiwan dan tumbuhan. Bantu lah orang fakir miskin , anak yatim dan orang yang susah dengan hati yang terbuka tanpa memandang rendah terhadap mereka. Pandang lah setiap umat manusia, haiwan dan tumbuhan dengan pandangan kasih sayang, anggap lah mereka itu saudara-saudara kamu yang disayangi. Sebarkan lah kasih sayang di mana pun kamu berada, tinggalkan lah dendam dan kebenciaan. Orang ramai akan suka kamu, haiwan dan tumbuhan akan suka kamu. Allah s.w.t akan memuliakan dan melapangkan dada kamu. Itulah ketenangan sebenar, itulah erti sebenar kebahagiaan !! "

- Shafiq Buang.



Tuesday, 8 January 2013

Wasiat Shafiq Buang 11


" Berbaik lah kepada manusia, haiwan dan tumbuhan. Bermurah hati lah . Kau akan menerima pertolongan di kala kau ditimpa musibah dan kesusahan, disebabkan kau mengingati mereka semasa kau senang. Allah s.w.t akan membantu kau. Rendahkan diri kau, dan syukurilah segala nikmat walaupun nikmat yang kecil seperti mendapat segelas air suam di saat dahaga."

- Shafiq Buang.


Wednesday, 2 January 2013

Wasiat Shafiq Buang 10



Malam berganti Siang,
Siang berganti Malam,
Hari berlalu tanpa henti,
Kita bertemu , dan kita pergi.

Pelbagai ragam dipersembahkan,
Pelbagai cereka diceritakan,
Sandiwara benar dan palsu,
Hanya Dia yang Maha Tahu.

Bukan nak mengeluh,
Atau nak merungut akan putaran hidup ini,
Inilah dunia,
Terima-lah seadanya,
Berfikirlah sebaiknya,
Di mana akal mu ?

Asingkan dirimu,
Tenangkan jiwamu,
Carilah kebahagiaan sejati,
Ketenangan yang abadi,
Walau kau dicaci maki, dihina dan dikeji.

Janganlah kau terlalu peduli sangat dengan apa yang orang kata,
Kerana mereka adalah orang,
Yang sama seperti kita,
Apa bezanya mereka dan kita ?
Sama sahaja.

Tinggi atau rendah,
Mulia atau hina,
Kaya atau miskin,
Tahu atau tak tahu,
Setiap orang perlukan masa untuk memahami sesuatu,
Sama ada dari segi Kemanusiaan, Ketuhanan, dan Kebendaan,
Mereka perlukan masa, 
Sebab setiap manusia dilahirkan dan dibesarkan dengan pengetahuan dan pengalaman yang berbeza.

Jangan kau menghina sesiapa pun !
Kau bukan Tuhan untuk Menghakimi.
Hina lah diri kamu sendiri,
Hukum lah diri kamu sendiri,
Diri kamu harus direndahkan,
Seperti tanah gersang ini yang rela dipijak oleh orang bodoh ataupun orang pandai.
Sama sahaja.

Jangan-lah terlalu cepat melenting,
Jangan-lah terlalu cepat marah,
Kosongkan lah perasaan dan hati kamu,
Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan,
Bersabarlah...




p/s : take it easy, dear... relax. don't let the emotions beats the best of you. i'm with you..  =)


Sunday, 2 September 2012

Menghafal Al-Quran dan Hadis

MENGHAFAL AL-QURAN DAN HADIS :

" Kamu semua menghafal Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya ! Kamu semua menghafal hadis tetapi tidak melaksanakannya.

Mengapa kamu semua begitu ?

Kamu semua menyuruh tetapi kamu semua sendiri tidak melakukan dan kamu semua melarang tetapi kamu semua sendiri tidak menjauhi. Padahal, Allah s.w.t. berfirman :

" Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. " 
[As-Saff 61 : 3 ]


- Sultana Awliya' Syaikh Abdul Qadir al-Jailani 




Ulama' Yang Celaka

ULAMA' YANG CELAKA :

" Satu bencana bagi orang bodoh akibat kebodohannya, tetapi tujuh bencana bagi orang berilmu kerana ilmunya tidak diamalkan!"

" Keberkatan ilmunya akan diangkat. Ilmunya juga kelak menghukumnya. Sepatutnya, jika memiliki ilmu, amalkanlah ! "

Allah mengumpamakan orang yang tidak mengamalkan ilmu seperti Keldai :

"...kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan t
ugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. " [ Surah Al-Jumuah 62 : 5 ]

- Sultana Awliya' Syakh Abdul Qadir al-Jailani






Nasihatilah Diri Sendiri, Sebelum Menasihati Orang Lain.

 " Nasihatilah diri sendiri sebelum menasihati orang lain! "

- Sultana Awliya' Syaikh Abdul Qadir al-Jailani

" Kamu semua perlu memerhatikan diri sendiri. Jangan menoleh kepada orang lain selagi diri sendiri masih perlu diperbaiki ! Kamu semua tahu cara memperbaiki orang lain, tetapi tidak tahu cara memperbaiki diri sendiri. Kamu semua ibarat orang buta. Bagaimana mungkin kamu semua membimbing orang lain ? Sepatutnya, orang yang melihatlah yang membimbing."

" Orang yang mahir berenanglah yang menyelamatkan orang tenggelam di lautan. Orang ariflah yang sepatutnya menjawab pertanyaan orang awam. Sebaliknya, bagaiamana boleh orang bodoh memberitahu orang lain? "



Monday, 13 August 2012

Kitab Kisah Kehidupan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani



Kitab : Mawa'izh Al-Syeikh 'Abd Al-Qadir Al-Jailani ( Kisah Kehidupan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani )
Penulis : SALIH AHMAD AL-SYAMI
Terbitan AL-HIDAYAH

best gile buku ni, kepada peminat Sultana Awliya' Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, aliran sufi, tasauf , tariqat Qadiriya, dan kerohanian.

Boleh la dapatkan buku ni, dalamnya mengandungi kisah hidup beliau, madrasah beliau di Baghdad, mutiara kata dari kitab-kitab nya "Fath al-Rabbani al-Rahmani, Al-Ghunyah, Futuhul Ghaib".

saya beli buku ni di Syarikat Adam, Kompleks Kailan,Kepala Batas, Pulau Pinang. (siape duk penang, bole la singgah beli, RM15 je pun, tapi nilainya lebih dari tu, jinak-jinak hati untuk membaca kitab, bekalan untuk kehidupan dunia akhirat.)

Insya'Allah, untuk Allah.



Thursday, 9 August 2012

Wasiat Shafiq Buang 9

" Orang yang tiada agama dan tidak mahu beragama ialah orang yang kosong hatinya, resah gelisah dan hidup dengan kebosanan. Manakala, orang yang beragama tapi tidak mahu mempelajari agamanya, mendalami agamanya dan mengamalkan agamanya, maka hatinya dan dirinya juga seperti orang yang tiada agama."


p/s : janganlah jadi 'agama' pada kad pengenalan. agama yang hanya menjadi nama. agama menjadi 'hama'.

bukan nak cakap tinggi, bukan nak rendah kan orang, tapi setiap hamba harus tahu apa itu hamba, apa itu tuan.





Sunday, 5 August 2012

Wasiat Shafiq Buang 8

Aku bersama Aku, melalui Aku, menuju Aku, kepada Aku, kembali kepada Aku.


Aku tiada, Kau ada.

Aku kosong, Kau satu.
Siapa Aku?
Siapa Kau?





keterangan :

Jika selama ini kita rasa kita dapat melakukan sesuatu kebaikan adalah disebabkan kekuatan dan kerajinan kita, kita salah !

Jika kita rasa kita mampu melaksanakan solat dan berpuasa disebabkan daya upaya kita, kita salah!

Segala kekuatan dan segala daya upaya kerajinan usaha adalah datangnya daripada pinjaman kekuatan dan kekuasaan Allah s.w.t.

Hakikat kita, lemah, hina, dhaif, jahil dan tidak mampu segala-galanya.

Sedangkan Allah s.w.t , Maha Kuasa, Maha Kaya, dan Maha Mengetahui. Dan Dia memiliki nama-nama yang baik (Asmaul Husna).

Oleh itu, perbanyakkanlah bersyukur kerana Allah s.w.t telah mengasihi dan menyayangi kau dengan menyelamatkan kau daripada tersesat dan menjadi orang yang zalim.

Perbanyakkanlah berdoa dan bermunajat kepada-Nya, rendahkanlah diri kau, buang-lah ego kau, mudah-mudahan kau akan merasakan kewujudan dan kehadiran Allah s.w.t dalam hidup kau.




" Semoga Allah s.w.t mencuri segala apa yang mencuri kamu daripada-Nya! "

- Rabi'atul Adawiyah Al-Basriyah



" Hanya satu-satunya cara untuk sampai kepada Allah s.w.t adalah dengan Allah s.w.t itu sendiri."

- Abu Bakr al-Kalabadhi 




Wasiat Shafiq Buang 7

"  Lakukanlah solat fardhu walau berat dan membosankan sekalipun. Laksanakan lah solat walau hati kau berat dan merasa tidak ikhlas dalam melakukannya. Mudah-mudahan Allah s.w.t melembutkan dan menjinakkan hati kau agar terus melakukan solat dan mendapat kemanisan dalam solat. "


tambahan penulis :

Memang berat untuk mengekalkan melakukan solat fardhu 5 waktu, apatah lagi solat-solat sunat. Tiada cara lain melainkan dengan engkau memaksakan jasmani dan rohani kau agar melakukannya walaupun hati kau rasa begitu rimas, geram, berat dan menyusahkan. Aku faham akan perasaan hati kau, kerana aku pun begitu dahulunya. Tapi, sampai bila kita sanggup melanggar perintah-Nya ? sampai bila kita ingin melupakan-Nya ? sampai bila kita ingin menzalimi diri sendiri ?

Wahai sahabat-sahabat dan saudara-mara ku,

Kita dilahirkan bukan hanya untuk menikmati keseronokan dunia belaka sahaja. Allah s.w.t memilih kau daripada berjuta-juta benih air mani. Pasti ada hikmahnya. Kau merupakan salah seorang dari yang terpilih, maka bersyukurlah, sujud syukur lah. Kerana nikmatnya terlalu luas dan terlalu besar sehingga kau tak mampu untuk mengingati dan membalas kembali apa yang telah diberi-Nya.

Cukuplah dengan kau mempercayai Dia-lah Tuhan Yang Esa dan Satu yang Tunggal.
Lakukanlah solat fardhu.
Puasalah di bulan Ramadhon, jangan-lah engkau mencuri makan di lorong-lorong tersembunyi atau di dalam rumah atau tempat yang sunyi dan tempat orang ramai yang membenarkan engkau makan di situ tanpa sekatan.
Bayarlah zakat, memperbanyakkan lah sedekah, derma, dan bantu anak-anak yatim, fakir miskin dan yang memerlukan. Tidak cukupkah segala kemewahan dan kesenangan yang kau miliki sekarang ?
Lakukanlah umrah dan haji bila harta kau telah cukup, bila jiwa raga kau telah mantap. Jangan engkau bazirkan duit kau dengan melancong ke tempat atau negeri yang sia-sia dan tidak memberi kau kedekatan dan kesedaran akan kewujudan Allah s.w.t.

Carilah Allah, kenali-lah Allah, cintai-lah Allah dengan sepenuh hatimu, dan kau akan bersama Allah s.w.t dengan hati yang tenang lagi gembira.

 

Wasiat Shafiq Buang 6

" Aku lebih rela menjadi orang bodoh yang sedar akan kebodohannya daripada menjadi orang pandai yang tidak sedar akan kebodohannya."


" Satu hari yang aku lalui tanpa mendapatkan sebarang ilmu umpama satu perjalanan di padang pasir yang sedang panas terik tanpa membawa apa-apa bekalan."

" Manakala, satu hari yang aku lalui dengan mempelajari dan memahami satu ilmu baru yang bermanfaat bagi diriku, agama dan masyarakat, umpama satu istirehat di taman bunga pada musim bunga yang indah lagi menenangkan jiwa."




Penulis bersama Ajwad Ahmad dan Syahidan.

Friday, 22 June 2012

Wasiat Shafiq Buang 5


 " Nak hidup selamat dan bahagia, haruslah menjadi orang baik yang sentiasa baik dalam menjadi baik."
- Shafiq Buang : 3.04 petang [18 jun 2012]  


"
Hiduplah kau dalam dunia ini seperti kau seorang penunggu bas di perhentian bas. Bas itu adalah saat kematian kamu. Boleh jadi bas itu datang cepat atau lambat, atau datang esok lusa. Kematian itu pasti, bersiap sedialah."
-  Shafiq Buang  : 5.26 petang [18 JUN 2012]
  

" Biar nampak bodoh, tapi pandai. Jangan nampak pandai, tapi bodoh.'
- Shafiq Buang : 6.45 petang - 21 JUN 2012

" Janganlah memandang manusia dari amalnya. Lihatlah dalamnya. Jangan menjadi Tuhan untuk menghakimi orang. Jangan kau maki, cerca, hina, mengejek dan memperendahkan orang yang melakukan dosa, maksiat dan mungkar. Setiap orang lahir dari berbeza situasi , senario, dan membesar dengan keadaan dan persekitaran yang berbeza."
- Shafiq Buang
        
" Hidayah milik Allah, jangan sangka orang yang sedia baik akan sentiasa baik. Dan jangan sangka orang yang jahat akan sentiasa jahat. Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani."
- Shafiq Buang




Penulis bersama dengan sahabatnya, Mohd. Noor Hafiz 

Thursday, 7 June 2012

Nasihat Imam al-Harits al-Muhasibi

Berkata  Imam al-Harits al-Muhasibi rahimahullahu taala :

"Orang yang benar ialah orang yang tidak peduli dengan runtuhnya harga dirinya pada pandangan makhluk asal ia dapat membaikkan hatinya. Dan ia tidak suka terhadap penglihatan manusia kepada amalan-amalannya yang baik. Dan ia tidak benci bahawa manusia mengetahui apa jua yang jahat daripada perbuatannya. Kerana kebencian terhadap perkara tersebut adalah sebagai bukti bahawa ia menghendaki suatu yang lebih daripada harga dirinya yang sebenar. Maka hal yang seperti ini bukan termasuk di dalam ikhlasnya para shiddiqin."

Berkata Imam as-Syafie rahimahullahu taala :

"Sesiapa yang suka dibukakan Allah akan hatinya dan suka mendapatkan ilmu, maka hendaklah ia bersunyi diri dan mengurangkan makanan dan meninggalkan bergaul dengan orang-orang yang bodoh. Dan juga tidak bergaul dengan ahli ilmu yang tidak mempunyai kesedaran dan sopan-santun."

Saturday, 2 June 2012

Wasiat Shafiq Buang 4


dunia pentas lakonan,

ramai pelakon yang berlakon,
berlakon dengan pura-pura,
pura-pura baik atau sebaliknya.



semua berlumba dan berlari mengejar mimpi,
adakah mereka sedar itu hanya ilusi ?
carilah realiti dalam ilusi,
realiti ialah Ilahi.



dunia ini semakin hampir ke pengakhirannya,
tapi masih banyak yang kita lupa,
banyak kita alpa, dan terleka,
buka mata mu, buangkan lah ego yang membinasakan mu, rendahkan lah diri mu yang hina, lemah, daif, fakir dan tidak bermaya itu, yang wujud hanya Dia.

hiduplah untuk Dia,
dipandang Dia,
bukan selain-Nya,
siapa Dia?

Dia yang Satu dan tak mahu di-dua-kan,
siapa Dia?
Dia dekat,
tapi kita menjauh daripada-Nya,
kembalilah kepada Nya.

p/s : Dia rindu kau, kau tak rindu Dia. Dia sentiasa ingat kau. kau lupa Dia. Dia kasih dan sayang kita, tapi kita hanya ....?

[Shafiq Buang - Sabtu, 2.26 pagi, 2 Jun 2012]



Wednesday, 2 May 2012

Wasiat Shafiq Buang 3



ilmu itu seperti laut yang dalam,
kalau tak pandai berenang dan tak ada pelampung,
maka kau akan lemas,
mulai lah dengan bermain di tepi laut yang cetek,
kemudian disusuri yang dalam dan lebih dalam,
bila pandai berenang,
juga harus kuat tenaga,
agar mampu bertahan ombak badai di lautan.

(Shafiq Buang) - Rabu, 2 Mei 2012, 2.44 PM.

Wednesday, 4 April 2012

Nasihat Sultana Auliya' Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

“Orang itu dikatakan dekat dengan Allah selama dia

meluangkan waktunya

untuk berdzikir setiap hari.
”   
- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani  




" Selama hidup di dunia , yang terbaik adalah

menyelamatkan hati dari buruk

sangka.
"   
- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani  




"Apa yang telah ditentukan untuk kamu pasti akan kamu

terima sama ada kamu suka atau tidak. Oleh itu, janganlah

tamak dan terburu nafsu. Janganlah sedih kerana kamu

tidak dapat apa yang orang lain dapat.
"


- Sultana Awliya' Syeikh Abdul Qadir al-Jailani (Futuhul Ghaib, Syarahan ke-25, m/s : 89) 








Masa berlalu begitu pantas,
hidup terbuang begitu sahaja,
ingatlah wahai saudaraku, pada tuhan yang maha esa.

Kamu habiskan masa,
mengumpul benda yang tak akan dapat dimakan,
mengejar benda yang tak dapat dikejar,
bina bangunan yang tak akan didiami,
wahai saudaraku, semua ini akan membuatkan anda leka,
dan tidak membuat apa-apa tapi merasakan keperitan yang pedih,
pada hari kiamat nanti.

Saudara-saudaraku,
asas sebenar kewujudan manusia itu tidak diciptakan untuk hiburan atau keseronokan
atau menzalimi orang-orang lain.

Manusia tidak diciptakan untuk menzalimi orang lain atau dirinya sendiri,
manusia dicipta untuk beribadat dan menunjukkan ketaatannyahanya kepada Allah,
dan melakukan apa yang diperitahkan oleh Allah.

Jangan kamu lupa kepada Allah,
jangan lambat bertaubat,
bertaubat di saat-saat kematian tiada gunanya,
latihlah hati kamu, kalau hati kamu baik, kelakuan kamu juga akan baik.

Hati kita boleh sakit, sebagaimana badan kita sakit,
sakit hati perlu dihubungkan dengan Allah s.w.t.

Jadilah lelaki sesuai dan beriman, lelaki yang bijak di dunia ialah seseorang
yang menghendaki Allah s.w.t. ,
dan yang paling jahil ialah yang mengingkari Allah s.w.t.

Kamu patut bersama dengan orang bijak,
kalau kamu ada kawan-kawan yang jahil, tentu kamu akan trpengaruh.

Jangan terlalu suka, atau tidak puas hati dengan hal-hal keduniaan.

Anggaplah yang kamu mempunyai satu hari untuk hidup dan bersedialah untuk hari akhirat.

Jangan terlalu gembira dengan apa yang ada, ingatlah kebahagiaan di dunia ini sementara saja.


Mutiara kata Syeikh Abdul Qadir al-Jailani


Kisah Hidup Syeikh Abdul Qadir al-Jailani (Video)
Kisah Hidup Syeikh Abdul Qadir al-Jailani 2 (Video)



Tuesday, 3 April 2012

Wasiat Shafiq Buang 2

بسم الله الرحمن الرحيم   

Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya."- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis ini menyebut kalimah 'tidak sepatutnya' menunjukkan bahawa langkah persediaan perlu diambil oleh setiap seorang Muslim dengan menulis wasiatnya kerana dia tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba. Kemungkinan kelalaiannya akan mengakibatkan segala hajatnya tergendala dan tidak terlaksana.

Rasulullah s.a.w. turut besabda:

"Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat."
- Hadis riwayat Ibnu Majah

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

"Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan."
- Hadis riwayat Ibnu Majah

Muslimin dan muslimat sekalian,

1.   "Hidup ini singkat. Hidup ini berlalu pantas. Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada hari ini, pagi ini, petang ini, malam ini ataupun esok lusa dan seterusnya. Kita tak tahu bilakah kita, ibu bapa, saudara-mara,ulama-ulama, guru-guru,sahabat kita akan pergi meninggalkan kita. Boleh jadi hari ini, esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan atau sebaliknya."

(Shafiq Buang - Khamis,14 Zulhijjah 1432 jam 11.50 malam /10 November2011 )

a. " Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya."
(Luqman 31 : 34)

b." Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. "
(Al-i-'Imran 3 : 185)

c.  " Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:” Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah”. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? " (An-Nisaa 4 : 78)


2.   Beribu jalan menuju kepada Allah. Ada yang keliru. Ada yang buntu. Ada yang bercelaru. Ada yang dungu. Ada yang terpaku. Ada yang tak tahu. Ada yang tahu. Carilah jalan yang benar. Semoga kamu semua sampai kepada Allah s.w.t dengan sebaik-baik rupa.

(Shafiq Buang - Khamis , 14 Zulhijjah 1432 jam 11.59 malam / 10 November 2011)

a.  “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (Az-Zumar 39 : 9)

b. " Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat." (Al-Fatihah 1 : 5-7)

c. " Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan." (Ya-Sin 36 : 83)


3.  Jadilah kau orang yang bahagia. Orang yang bahagia ialah orang yang tenang hatinya zahir dan batin, jasmani dan rohani, tersurat dan tersirat, luaran dan dalaman. Dan janganlah engkau mencintai dunia dan bergantung kepadanya dan segala yang ada dalamnya. Bergantunglah sepenuhnya kepada yang mencipta kamu dan dunia kamu ini. Awaslah! Jangan kau tertipu dengan tipu daya, ilusi, halusinasi, dan hipokrasi dunia ini, kelak kau akan menjadi orang yang merugi dan binasa.

a.  Rasululah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan (yang hakiki) adalah kekayaan (dalam) jiwa.”
(HR. al-Bukhari, no. 6081 dan Muslim, no. 1051).

b.  " Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Al-i-'Imran 3 : 185)

c.  ...maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. (Luqman 31 : 33)

d.   “Barangsiapa yang mencintai dunia (secara berlebihan), maka hendaknya dia mempersiapkan dirinya untuk menanggung berbagai macam musibah (penderitaan).”
(Dinukil oleh Imam Ibnul Qayyim dalam kitab Igaatsatul Lahfaan, 1/37).

(Shafiq Buang - Jumaat , 15 Zulhijjah 1432 jam 12.30 malam / 11 November 2011)

Kepada semua yang mengenali diri hamba, hamba ingin meminta maaf awal-awal, takut selama berkenal dengan hamba, hamba ada terkasar bahasa, membuat kecil hati, hamba sedar hamba hanyalah seorang hamba yang jahil, lemah, kerdil,  fakir,  tidak terdaya dan tidak memiliki apa-apa melainkan segalanya dan semuanya milik Allah s.w.t Yang Maha Berkuasa.


Insya'Allah kerana Allah.
(Dengan izin Allah kerana Allah.)


laa hawla wala quwwata illa billah
(tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.)

Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”.
(Hadis Riwayat Tabrani)


Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un
(“Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali.")

Alhamdulillah  (Segala pujian milik Allah),
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Jazakallahu khairan kasiro,

dari Dia, kepada Dia,
Muhammad Shafiq bin Buang.


( Jumaat , 15 Zulhijjah 1432 jam 1.03 AM / 11 November 2011)